Wednesday 16 October 2013

Contoh Karangan Terbaik ( Pengurusan Masa )

Bahagian A

Tema : Pengurusan Masa
Ayat Tugasan : Faedah - faedah pengurusan masa
Format : Tiada format

         Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti harian seseorang dapat dijalankan dengan baik dan tidak terganggu atau boleh dimaksudkan sebagai pembahagian masa yang cekap .Pada era globalisasi ini,kita sering mendengar berita tentang pelajar - pelajar yang terjerumus dalam budaya tidak sihat seperti melepak.Hal ini berlaku kerana  pelajar-pelajar ini mudah terpengaruh oleh anasir-anasir buruk .Pelajar-pelajar seperti ini tidak dapat mengurus masa dengan cekap .Justeru,mereka membuang masa dengan sia-sia sahaja.Oleh itu,pengurusan masa yang berkesan amat penting dalam kehidupan seorang pelajar.
         Faedah pengurusan masa ialah membentuk disiplin diri.Hal ini disebabkan oleh menepati masa yang secara tidak langsung menjadikan seseorang itu berdisiplin.Dengan erti kata lainnya,jadual harian mestilah disediakan dan haruslah diikuti dengan penuh berdisiplin.Jika tidak,jadual yang disediakan tiada maknanya .Justeru,disiplin diri akan dapat dibentuk apabila kita menguruskan masa dengan lebih  efektif.
        Disamping itu,dapat meningkatkan kecemerlangan diri.Hal ini kerana ,seseorang yang bijak membahagikan masanya mempunyai ciri insan yang berjaya .Dengan ini ,aspirasi negara untuk melahirkan modal insan selaras dengan Wawasan 2020 dapat dicapai .Malah ,lazimnya pelajar-pelajar yang bijak menguruskan masa lapanganya dengan aktivti yang berfaedah .Masa lapangnya digunakan untuk memperbaiki kelemahan dalam pelajaran .Hal ini boleh dilakukan dengan membuat latihan ,mencari maklumat di perpusatkaan dan menghadiri kelas tambahan.Usaha-usaha ini perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan kerana jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya .
      Tambahan pula,menyusun aktiviti secara terancang .Oleh itu, jadual yang fleksibel haruslah diwujudkan agar boleh diubahsuai dan mudah diikuti .Hal ini dapat mengelakkan diri daripada menangguhkan kerja.Aktiviti berfaedah juga dapat dilakukan .Malah ,para pelajar juga dapat mengulangkaji pelajaran dengan sempurna dan menyeluruh .Pepatah Arab ada menyebut ,masa itu ibarat pedang,jikia kamu tidak menggunakannya ia akan memancungmu.Oleh itu,masa yang diperuntukkan iaitu selama 24 jam haruslah digunakan sebaik mungkin .
       Intihanya,sebagai pelajar kita bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran malah kita juga perlu berjaya dalam bidang sukan,aktiviti kokurikulum dan agama.Oleh itu,kita perlu menguruskan masa dengan betul supaya aktiviti harian dapat dijalankan dengan berkesan dam seterusnya melahirkan insan yang cemerlang dala semua bidang agar Malaysia menjadi maju lalu hebat di mata dunia .Pendek kata dapatlah kita rumuskan bahawa pelajar -pelajar yang pandai menguruskan masa biasanya akan berjaya dalam kehidupan dan mereka juga berani menghadapi cabaran dan rintangan hidup.

Wednesday 9 October 2013

About Me

This is me, anak orang pahang mix orang perak (mix la sgt )..trimass sengsannggat pada yg sudi jenguk entry nie..dlm blog nie akn ku coba sharing perkara II yg bermanfaat utk awok org sume
                                                                                                                                  =>panggil je kb .. stand for Khairul Bariah binti Bulia                                                         => yo teman udoh 16 tahun ( bkn 61 yepp..ngehh III )                                                           => blajaq di Smk Perantau Damai ,Muadzam Shah,Pahang                                                   => menconteng arang di muka blog (^-^)..
=> sudi berkongsi apa jua yg bermanfaat dgn uolls..
                                                                                                   tq (^o~)